Friday, August 27, 2010

TIPS MENJADI INDIVIDU YANG MENARIK


Konsep Diri Individu Menarik



•Apa yang kita fikir tentang diri kita sendiri.
•Untuk menjadi individu menarik, perkara utama adalah membina konsep diri kita yang positif.
•‘Orang lain tidak akan melihat kita sebagai seorang yang menarik melainkan kita sendiri yang melihat diri kita menarik’.





1)SENYUM





@Senyum seindah suria yang membawa cahaya,
@Senyumlah dari hati, duniamu berseri,
@Senyum umpama titian dalam kehidupan,
@Kau tersenyum, ku tersenyum dan kemesraan menguntum.

  • Senyuman membuka cinta – orang yang mengukir senyuman manis adalah orang yang menarik dan mengetuk pintu hati orang lain.
  • Apabila senyuman dibalas dengan senyuman, maka ia adalah satu pengesahan kepada satu ‘persetujuan senyap’

2. MUDAH MESRA

  • Pandangan pertama ada kuasa tersendiri.
  • Kita membina persepsi dengan pandangan pertama kita kepada orang lain.
  • Kemesraan dapat dirasai dengan melihat cara seorang berkenalan dan berjumpa dengan orang lain.
  • Apabila kita memiliki sikap berminat dengan manusia, tingkah laku kita mestilah dengan cara yang mesra.

3. MAHIR MEMUJI

  • Manusia suka dipuji.
  • Kemahiran kita memuji orang lain menandakan kita mampu melihat kelebihan dan kebaikan orang lain walaupun mereka tidak melihatnya.
  • Orang suka untuk mendekati kita.

4. UCAP TERIMA KASIH

  • Belajar berbudi bahasa -`Budi Bahasa Budaya Kita’.
  • Biasakan diri dengan mengucapkan `terima kasih’ bagi menyampaikan penghargaan kita.
  • Jadilah menarik dengan budi bahasa, nescaya kita akan dikenang sepanjang masa.

5. MERENDAH DIRI

  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. “ditingkatkan darjat seseorang apabila dia merendah diri”.
  • Kerendahan hati adalah hasil dan kesan daripada estim diri yang tinggi.
  • Orang yang merendah hati berasa puas dengan apa yang dimiliki dan tidak berasa hilang apabila dia melakukan perkara yang dilihat hina dan merendah diri.

6. JANGAN CEREWET

  • “ Orang yang penting tidak cerewet dan orang yang cerewet tidak penting”.
  • Pada umumnya, individu menarik adalah seseorang yang mudah didekati dan tidak cerewet.
  • Menurut pujangga Jerman, ‘ Individu yang suka menunjukkan pendiriannya dalam semua perkara adalah manusia yang membosankan ’.

7. MEMAHAMI KUASA BAHASA BADAN

  • Individu menarik memancarkan kuasa menariknya dengan gerak badan yang menyenangkan.
  • Cara mudah mengenalpasti kehadiran menarik seseorang adalah dengan melihat bagaimana seseorang itu menggunakan gerak badannya memberi mesej simbolik.
  • 55% komunikasi adalah melalui komunikasi non-verbal.
  • Kita dapat mengawal gerak badan kita supaya dilihat berketrampilan.

8. NASIHAT DENGAN BIJAKSANA

  • Kesilapan yang besar dalam menegur adalah apabila menegur diri individu itu sendiri dan bukannya tingkah lakunya.
  • Menegur dengan perasaan marah adalah tidak baik
  • Mulakan dengan pujian. Teknik ini baik untuk menyeimbangkan teguran itu. Kita perlu memuji dahulu bahagian tingkah laku ataupun kerja yang baik, kemudian barulah kita menyatakan teguran itu.
  • Jangan menegur orang di khalayak ramai, tetapi lebih baik memuji orang di khalayak ramai”.

9. PENAMPILAN DIRI

  • Penampilan seseorang mempunyai pengaruh yang kuat bagaimana orang lain melihatnya.
  • Seseorang perlu memiliki imej seorang yang berilmu, luas pengetahuan dan berhemah mulia.
  • Pakaian memberi mesej kepada orang lain tentang personaliti yang kita miliki.
  • Menjadi individu menarik dalam penampilan bermakna kita mengetahui bagaimana memberi definisi kepada personaliti kita melalui pemakaian.

10. SAYANGI ORANG LAIN SEPERTI KITA MENYAYANGI DIRI KITA

  • Sentiasalah berminat untuk berkawan dengan semua orang.
  • Siramilah hati mereka supaya jadi ceria dan mendapat sesuatu kebaikan daripada persahabatan mereka dengan kita.
  • Berilah manfaat itu walaupun sekadar nasihat dan pesanan kecil.
  • Nabi s.a.w. pernah bersabda “ Sebaik-baik umatku adalah mereka yang banyak manfaatnya”.

TEKNIK UNTUK MENGURUSKAN STRESS

1. Teknik mudah dalam pengurusan stress

@ Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda
@ Mendengar muzik atau beriadah
@ Gunakan teknik aroma therapy – wangi-wangian
@ Jaga kesihatan mental dan fizikal anda
@ Lakukan senaman dan urutan pada leher dan bahu
@ Pastikan anda sentiasa tersenyum dan ceria
@ Genggam jemari anda dengan kuat dan buka genggaman serentak dengan hembusan nafas
@ Rasionalkan diri- Tidak ada seorangpun yang terkecuali dari menghadapi masalah
@ Maafkan kesalahan orang- orang yang menyebabkan anda tertekan


2. Petua Meditasi
-Duduk diam di dalam keadaan selesa tanpa gangguan
-Tutupkan kedua-dua belah mata
-Relekskan otot-otot, daripada kaki hingga ke muka anda.
-Bernafaslah melalui hidung dandengan perlahan-lahan, cuba rasa bagaimana udara memasuki lubang hidung, sebaik-baik sahaja hembuskan nafas melalui hidung, sebut ‘satu’(tarik dan hembuskan nafas secara perlahan-lahan), dan diulangai secara perlahan-lahan.
-Biarkan fikiran ‘ menjelajahi’ atau ‘menerokai alam semesta ini,fikirkan sesuatu yang indah dan enak serta mengasyikkan.
-Sebaik-baik sahaja anda ‘sedar’ akan penerokaan fikiran anda, kembali semula kepada ransangan asal, iaitu perkataan ‘satu’, ‘ satu’ dan ‘satu’
-Selepas beberapa ketika, duduk diam dan perlahan buka mata anda sekiranya anda merasa releks, ringan dan tenang.
-Ulangi langkah-langkah 1-7 jika perlu. (perkataan ‘satu’ boleh diulangi dengan nama ‘Allah”).

3. Teknik Relaksasi Dalam Keadaan Berdiri.


Objektif :

  • Rasa cergas.
  • Rasa relaks.
  • Hilangkan stress / tekanan.

Langkah :

Ø Lelaki di depan, perempuan di belakang..
Ø Semua diminta berdiri.
Ø Ingat step dulu, lepas tu buat sama-sama.
Ø Depakan kedua-dua tangan. Tarik nafas, lepas perlahan-lahan.
Ø Turunkan badan dan tangan.
Ø Angkat perlahan-lahan sambil tangan didepakan.
Ø Pusing ke kanan (tangan)– rasakan regang rasakan regangan di bahagian bahu. Pusing ke kiri.
Ø Depakan tangan, gerakkan ke hadapan – luruskan kemudian buka tangan dan depakan semula.
Ø Depakan tangan – kemudian silangkan kedua-dua belah tangan.
Ø Angkat bahu – rasakan regangan- pusing ke belakang.
Ø Pusing leher ke kiri dan kanan.
Ø Pegang pipi dan tekan ke kiri dan ke kanan.
Ø Cengkam gigi atas dan bawah perlahan-lahan.
Ø Tahan mata dan pejam perlahan-lahan.Tahan dan lepas mata perlahan-lahan.
Ø Dahi – Kerutkan ke atas, tahan dan lepas perlahan-lahan.
Ø Pipi – Urut ke depan, belakang dan naik ke atas.
Ø Kening – urut perlahan-lahan.
Ø Muka – Urut keseluruhan muka.
Ø Last step ulang step 4,5, dan 6. Buat sama-sama dengan muzik- ingat step. Lagu Kitaro.

4. Teknik Relaksasi Dalam Keadaan berbaring.

Objektif :
o Rasa cergas.
o Rasa relaks.
o Hilangkan stress / tekanan.

Langkah :
o Dalam keadaan baring, relaks dan selesa.
o Bermula dari tumit – tekan perlahan-lahan ke bawah hingga rasa regang – lepaskan perlahan-lahan.
o Lutut – Tekan perlahan-lahan ke lantai – rasa sedikit regangan – kendurkan perlahan-lahan.
o Peha - Tekan perlahan-lahan ke lantai – rasa sedikit regangan peha – tahan, - kendurkan perlahan-lahan.
o Perut – kempis dan kendur.
o Jari – Genggam rapat-rapat, perlahan-lahan, rasa regangan- kedua-dua belah jari.
o Siku – tekan ke atas lantai- lepaskan.
o Tarik nafas perlahan-lahan.
o Bahu- tekan bahu ke lantai- tahan, lepas perlahan-lahan.
o Kepala – tekan kepala ke lantai – rasa regangan – tahan, lepas perlahan-lahan.
o Muka – Kerutkan muka (keseluruh muka)
o Buat semua sekali secara serentak. Dari tumit hingga muka secara serentak – tekan rasa regangan, lepas perlahan-lahan.
o Buat guna muzik.


Wednesday, August 25, 2010

TAKE FIVE MINUTE TO REST YOUR MIND.........

STRESS..........

Sebelum ini saya pernah "mengepost" tentang sedikit tetapi hanya sedikit maklumat yang saya bincangkan.. Pada hari ini pula saya ingin menceritakan dengan lebih mendalam lagi tentang stress..... apa itu stress, petanda diri kita stress, apa faktor penyebab kita stress dan apa cara untuk mengurus stress tersebut.

APA ITU STRESS???

•Pengalaman atau situasi yang tidak selesa yang dirasai secara dalaman.

•Pengalaman dialami secara mental, fizikal, emosi dan spiritual.

•Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku



APA SIMPTOM YANG MENUNJUKKAN DIRI KITA STRESS???

(a) Menghadapi masalah makan dan tidur

(b) Menyalahgunaan dadah

(c) Kerja bertangguh

(d) Masalah membuat keputusan

(e) Sukar menguruskan diri sendiri

(f) Sifat seteru, cepat naik angin

(g) Tahap kekecewaan tinggi

(h) Cepat terkejut

(i) Berpeluk tubuh, mengigit kuku

(j) Nafas sesak

(k) Hilang upaya berfikir secara berkesan

(l) Gangguan Kesihatan

- Gatal
- Selsema
- Letih, lesu
- Panik
- Gelisah
- Ulser
- Sakit kepala
- Serangan jantung


APA FAKTOR YANG MENYEBABKAN KITA STRESS?

FAKTOR DALAMAN

(a) Perwatakan


Jika dilihat seperti contoh yang diberikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihat kadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan, pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.

(b) Kendiri yang terlalu ideal


Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang langsung tidak mengejar impian tersebut. Tegasnya di sini ialah apabila kendiri ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya(tingkah lakunya) tidak memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikitpun tidak berusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.

(c) Kognitif


Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah dihinggapi stress kerana berfikiran lemah. Justeru itu kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datang pada manusia ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.

(d) Tidak selaras personaliti


Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenal pastinya sungguh-sungguh.

(e) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa

Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.

(f) Keperluan dan kemahuan

- Status
- Kuasa
- Kasih Sayang
- Prestasi
- Kesihatan
- Keselamatan diri

FAKTOR LUARAN

(a) Sosial dan tempat kerja


Selalunya manusia tidak terlepas dari hubungan dengan manusia lain. Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbangkepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.

(b) Hubungan dengan keluarga


Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak yang tidak baik. Kekalutan yang berlaku di dalam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru itu perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain.

(c) Persekitaran

- Cuaca
- Bising
- Sibuk
- Kawalan tempat belajar



APA CARA UNTUK MENGURUSKAN STRESS???

(a) Jumpa para profesional

(b) Alih pandangan kepada yang releks

(c) Gunakan teknik meditasi

(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit

(e) Menyusun keutamaan tugas

(f) Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman

(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain

(h) Latihan pernafasan dalam

(i) Mengurus masa

(j) Mandi dalam air suam

(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal

(l) Melihat dari segi positif

(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah

(n) Terapkan semula matlamat yang realistik

(o) Ingat peranan anda di dunia

Dipetik daripada:Membina kendiri unggul Berkarisma,Amer Shakir ZainolKaunselor UiTM

Monday, August 23, 2010

Renung-renungkanlah

Bila Anda Sedih........

Apa Yang Akan Anda Lakukan????
Pernah tak diri anda sedih sampai rasa hidup di dunia ini tak berguna lagi???
Jangan Mudah mengalah dengan apa yang telah berlaku pada diri kita.
Percaya bahawa kita mampu untuk mengatasinya dengan baik walaupun banyak perkara yang kita kena tempuh...
Antara cara yang boleh kita lakukan bila hati kita sedih ialah:
1)Berbual dengan rakan yang rapat dengan anda supaya apa yang anda hadapi boleh dikeluarkan semuanya
2) Kuatkan iman. Biarkan hati tetap terbuka dan tidak mudah mengalah.
3) Ambik wuduk

5) Keluar rumah untuk menghirup udara yang segar.
6) Cara yang terakhir ialah tidur..huhuhuhuhuh

Saturday, July 17, 2010

Anda Stress?????????


Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.
1)Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
2)Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
3)Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
4)Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
5)Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
6)Membentuk pengurusan masa yang baik.
7)Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
8)Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
9)Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
10)Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
11)Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
12)Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
13)Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
14)Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.