Friday, August 27, 2010

TEKNIK UNTUK MENGURUSKAN STRESS

1. Teknik mudah dalam pengurusan stress

@ Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda
@ Mendengar muzik atau beriadah
@ Gunakan teknik aroma therapy – wangi-wangian
@ Jaga kesihatan mental dan fizikal anda
@ Lakukan senaman dan urutan pada leher dan bahu
@ Pastikan anda sentiasa tersenyum dan ceria
@ Genggam jemari anda dengan kuat dan buka genggaman serentak dengan hembusan nafas
@ Rasionalkan diri- Tidak ada seorangpun yang terkecuali dari menghadapi masalah
@ Maafkan kesalahan orang- orang yang menyebabkan anda tertekan


2. Petua Meditasi
-Duduk diam di dalam keadaan selesa tanpa gangguan
-Tutupkan kedua-dua belah mata
-Relekskan otot-otot, daripada kaki hingga ke muka anda.
-Bernafaslah melalui hidung dandengan perlahan-lahan, cuba rasa bagaimana udara memasuki lubang hidung, sebaik-baik sahaja hembuskan nafas melalui hidung, sebut ‘satu’(tarik dan hembuskan nafas secara perlahan-lahan), dan diulangai secara perlahan-lahan.
-Biarkan fikiran ‘ menjelajahi’ atau ‘menerokai alam semesta ini,fikirkan sesuatu yang indah dan enak serta mengasyikkan.
-Sebaik-baik sahaja anda ‘sedar’ akan penerokaan fikiran anda, kembali semula kepada ransangan asal, iaitu perkataan ‘satu’, ‘ satu’ dan ‘satu’
-Selepas beberapa ketika, duduk diam dan perlahan buka mata anda sekiranya anda merasa releks, ringan dan tenang.
-Ulangi langkah-langkah 1-7 jika perlu. (perkataan ‘satu’ boleh diulangi dengan nama ‘Allah”).

3. Teknik Relaksasi Dalam Keadaan Berdiri.


Objektif :

  • Rasa cergas.
  • Rasa relaks.
  • Hilangkan stress / tekanan.

Langkah :

Ø Lelaki di depan, perempuan di belakang..
Ø Semua diminta berdiri.
Ø Ingat step dulu, lepas tu buat sama-sama.
Ø Depakan kedua-dua tangan. Tarik nafas, lepas perlahan-lahan.
Ø Turunkan badan dan tangan.
Ø Angkat perlahan-lahan sambil tangan didepakan.
Ø Pusing ke kanan (tangan)– rasakan regang rasakan regangan di bahagian bahu. Pusing ke kiri.
Ø Depakan tangan, gerakkan ke hadapan – luruskan kemudian buka tangan dan depakan semula.
Ø Depakan tangan – kemudian silangkan kedua-dua belah tangan.
Ø Angkat bahu – rasakan regangan- pusing ke belakang.
Ø Pusing leher ke kiri dan kanan.
Ø Pegang pipi dan tekan ke kiri dan ke kanan.
Ø Cengkam gigi atas dan bawah perlahan-lahan.
Ø Tahan mata dan pejam perlahan-lahan.Tahan dan lepas mata perlahan-lahan.
Ø Dahi – Kerutkan ke atas, tahan dan lepas perlahan-lahan.
Ø Pipi – Urut ke depan, belakang dan naik ke atas.
Ø Kening – urut perlahan-lahan.
Ø Muka – Urut keseluruhan muka.
Ø Last step ulang step 4,5, dan 6. Buat sama-sama dengan muzik- ingat step. Lagu Kitaro.

4. Teknik Relaksasi Dalam Keadaan berbaring.

Objektif :
o Rasa cergas.
o Rasa relaks.
o Hilangkan stress / tekanan.

Langkah :
o Dalam keadaan baring, relaks dan selesa.
o Bermula dari tumit – tekan perlahan-lahan ke bawah hingga rasa regang – lepaskan perlahan-lahan.
o Lutut – Tekan perlahan-lahan ke lantai – rasa sedikit regangan – kendurkan perlahan-lahan.
o Peha - Tekan perlahan-lahan ke lantai – rasa sedikit regangan peha – tahan, - kendurkan perlahan-lahan.
o Perut – kempis dan kendur.
o Jari – Genggam rapat-rapat, perlahan-lahan, rasa regangan- kedua-dua belah jari.
o Siku – tekan ke atas lantai- lepaskan.
o Tarik nafas perlahan-lahan.
o Bahu- tekan bahu ke lantai- tahan, lepas perlahan-lahan.
o Kepala – tekan kepala ke lantai – rasa regangan – tahan, lepas perlahan-lahan.
o Muka – Kerutkan muka (keseluruh muka)
o Buat semua sekali secara serentak. Dari tumit hingga muka secara serentak – tekan rasa regangan, lepas perlahan-lahan.
o Buat guna muzik.


No comments:

Post a Comment