Wednesday, August 25, 2010

STRESS..........

Sebelum ini saya pernah "mengepost" tentang sedikit tetapi hanya sedikit maklumat yang saya bincangkan.. Pada hari ini pula saya ingin menceritakan dengan lebih mendalam lagi tentang stress..... apa itu stress, petanda diri kita stress, apa faktor penyebab kita stress dan apa cara untuk mengurus stress tersebut.

APA ITU STRESS???

•Pengalaman atau situasi yang tidak selesa yang dirasai secara dalaman.

•Pengalaman dialami secara mental, fizikal, emosi dan spiritual.

•Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku



APA SIMPTOM YANG MENUNJUKKAN DIRI KITA STRESS???

(a) Menghadapi masalah makan dan tidur

(b) Menyalahgunaan dadah

(c) Kerja bertangguh

(d) Masalah membuat keputusan

(e) Sukar menguruskan diri sendiri

(f) Sifat seteru, cepat naik angin

(g) Tahap kekecewaan tinggi

(h) Cepat terkejut

(i) Berpeluk tubuh, mengigit kuku

(j) Nafas sesak

(k) Hilang upaya berfikir secara berkesan

(l) Gangguan Kesihatan

- Gatal
- Selsema
- Letih, lesu
- Panik
- Gelisah
- Ulser
- Sakit kepala
- Serangan jantung


APA FAKTOR YANG MENYEBABKAN KITA STRESS?

FAKTOR DALAMAN

(a) Perwatakan


Jika dilihat seperti contoh yang diberikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihat kadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan, pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.

(b) Kendiri yang terlalu ideal


Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang langsung tidak mengejar impian tersebut. Tegasnya di sini ialah apabila kendiri ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya(tingkah lakunya) tidak memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikitpun tidak berusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.

(c) Kognitif


Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah dihinggapi stress kerana berfikiran lemah. Justeru itu kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datang pada manusia ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.

(d) Tidak selaras personaliti


Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenal pastinya sungguh-sungguh.

(e) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa

Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.

(f) Keperluan dan kemahuan

- Status
- Kuasa
- Kasih Sayang
- Prestasi
- Kesihatan
- Keselamatan diri

FAKTOR LUARAN

(a) Sosial dan tempat kerja


Selalunya manusia tidak terlepas dari hubungan dengan manusia lain. Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbangkepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.

(b) Hubungan dengan keluarga


Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak yang tidak baik. Kekalutan yang berlaku di dalam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru itu perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain.

(c) Persekitaran

- Cuaca
- Bising
- Sibuk
- Kawalan tempat belajar



APA CARA UNTUK MENGURUSKAN STRESS???

(a) Jumpa para profesional

(b) Alih pandangan kepada yang releks

(c) Gunakan teknik meditasi

(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit

(e) Menyusun keutamaan tugas

(f) Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman

(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain

(h) Latihan pernafasan dalam

(i) Mengurus masa

(j) Mandi dalam air suam

(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal

(l) Melihat dari segi positif

(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah

(n) Terapkan semula matlamat yang realistik

(o) Ingat peranan anda di dunia

Dipetik daripada:Membina kendiri unggul Berkarisma,Amer Shakir ZainolKaunselor UiTM

No comments:

Post a Comment